Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai merogol seorang wanita berusia 38 tahun yang ditemui oleh orang awam dalam keadaan trauma dan menangis di Jalan Kamaruddin Isa, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mangsa juga mengalami kecederaan di bahagian kakinya ketika ditemui pada jam 9.15 pagi.
Sebaik saja mendapat maklumat daripada orang awam, polis terus bergegas ke lokasi. Siasatan awal mendapati mangsa telah dirogol di kediamannya oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
Mangsa berjaya melarikan diri daripada suspek selepas dirogol. Malangnya ketika dalam perjalanan melarikan diri, mangsa terjatuh dari tempat tinggi yang menyebabkan kecederaan di bahagian kaki.
Bertindak di atas maklumat itu, polis berjaya menahan suspek berusia 43 tahun di rumah mangsa. Turut ditemui beberapa barang seperti gunting, pisau dan kuku kambing.
Semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah. Keputusan ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Suspek direman selama seminggu untuk siasatan di bawa Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan ke atas suspek dalam masa terdekat.
Sementara itu, mangsa kini berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk menerima rawatan.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/rAg8OkB
via IFTTT
ConversionConversion EmoticonEmoticon