Lelaki tendang pintu surau flat sampai rosak kerana tak puas hati speaker surau terlalu kuat, ditahan polis



Seorang lelaki yang dikatakan telah menendang pintu sebuah surau di sebuah flat di Sungai Chua baru-baru ini kerana tidak berpuas hati dengan bunyi pembesar suara surau, telah ditahan polis. 


Baca: 'Itu speaker you kasi tukar tempat, jangan hala ke rumah saya' - Lelaki complaint bunyi azan terlalu kuat, didakwa halang jemaah solat terawih


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian itu berlaku pada Isnin lalu dan pihaknya ada menerima laporan daripada orang awam mengeai kejadian tersebut. 


Menurut laporan itu, suspek disyaki telah menendang pintu surau sehingga rosak. Bertindak di atas laporan itu, polis telah menjalankan siasatan dan mendapati suspek tinggal berdekatan dengan flat tersebut. 


Suspek berusia 46 tahun telah ditahan dan semasa disoal siasat, suspek memaklumkan bunyi 'speaker' surau flat berkenaan terlalu kuat (semasa solat terawih) sehingga menyebabkan mereka sekeluarga dan jiran-jiran yang tinggal di kawasan berhampiran terganggu. 


Suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis. 


Jelas Mohd Zaid, kedua-dua pihak telah memberikan kerjasama kepada pihak polis berkaitan isu selisih faham. Saksi-saksi lain yang terlibat turut dipanggil memberi keterangan termasuk isu menyebarkan video yang tular di media sosial berkaitan dengan kejadian tu.


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan rumah ibadat dengan niat mengaibkan mana-mana agama. Selain itu, kes tersebut juga dsiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian dengan penyebaran video tersebut dengan niat tidak baik. 


Sumber: Astro Awani



from The Reporter https://ift.tt/86MEAlr
via IFTTT
Previous
Next Post »
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close