'Pedulikan cemuhan, buktikan kita mampu berjaya' - Rita Rudaini bangga anak dapat anugerah Pengetua MRSM



Selebriti terkenal, Rita Rudaini menzahirkan rasa syukur dan bangga dengan pencapaian anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang telah berjaya memperoleh Anugerah Pengetua MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) atas kecemerlangannya dalam bidang akademik.


Rita melalui perkongsian di media sosial gembira dan menganggap kejayaan yang diperoleh anaknya itu sebagai hadiah istimewa sempena hari jadinya.


“Tahun lepas hari jadi mommy, Rayyan bagi hadiah dapat tempatkan diri di MRSM. Tahun ini Rayyan bagi hadiah lagi dapat Anugerah Pengetua dengan pointer tinggi.


"Mommy tak mintak lebih, cuma mommy nak anak-anak mommy buktikan pada diri sendiri dan kepada orang di luar sana yang kita mampu berjaya. Pedulikan cemuhan dan kejian manusia kerana Allah sentiasa ada untuk kita," katanya.


Rita antara lain juga memanjatkan kesyukuran di atas rezeki dikurniakan anak-anak yang baik untuknya.


"Jadi terbaik untuk diri sendiri, bukan untuk puaskan hati orang lain. Terima kasih Allah kerana hadiah rezeki anak-anak yang baik untukku. Sudah memadai, rezeki Ramadan," tulisnya.


Melalui hantaran itu juga, Rita berkongsikan momen-momen ketika anaknya menerima anugerah serta ucapan yang diberikan oleh Rayyan buatnya.


“Assalamualaikum mommy. Selamat hari jadi. Ini hadiah daripada saya. Saya doakan semoga mommy panjang umur dan murah rezeki,” katanya.


Rata-rata netizen memuji Rita sebagai ibu tunggal yang berjaya dan berjiwa kental dalam membesarkan dua anak lelakinya itu.


Sumber: Instagram Rita Rudaini



from The Reporter https://ift.tt/zJVd9sy
via IFTTT
Previous
Next Post »
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close