Anak-anak yatim merupakan antara indvidu yang perlu dikasihi dan dihargai kerana mereka hanya menumpang kasih sayang dan bergantung dengan 'orang luar' selepas ketiadaan keluarga mereka.
Atas dasar keprihatinan juga, anak-anak yatim dilihat sering diraikan dalam apa-apa jua majlis yang diadakan. Tidak kurang juga, ada yang bermurah hati dengan memberikan juadah makanan, pakaian dan kelengkapan lain.
Namun begitu, seorang wanita meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan pemberian orang ramai ke rumah anak yatim.
"Bukan nak buka aib. Tapi patut ke anak-anak mendapat makanan seperti ni? Lebihan nasi lemak dan kerak, nasi himpit dan lemang dan seminggu dalam peti ais.
"Rendang, sambal dan daging paprik yang dah dipanaskan hingga kering yang dijadikan serunding," tulisnya.
Selain daripada sisa-sisa makanan, anak-anak yatim ini juga diberikan tilam lama yang sudah digunakan. Kelihatan juga, beberapa tilam yang sudah koyak juga diberikan.
Rata-rata netizen mengecam tindakan si pemberi yang didakwa tidak berhati perut dan sisa makanan yang diberikan pula seperti memberi makanan kepada haiwan-haiwan.
Sumber:Ella Osman
from The Reporter https://ift.tt/SPFqdb2
via IFTTT
ConversionConversion EmoticonEmoticon