Foto Utusan Malaysia |
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji menteri Kabinet akan dipotong sehingga 20 peratus.
Keputusan itu dibuat selepas semua ahli Kabinet bersetuju dengan cadangan itu dalam mesyuarat khas Kabinet yang berlangsung pagi tadi.
Menggulas lanjut Anwar berkata, pemotongan gaji 20 peratus itu akan disemak semula selepas ekonomi Malaysia kembali pulih.
"Kalau ekonomi pulih dalam tempoh tiga tahun, ia akan disemak," katanya dalam sidang media selepas selesai mesyuarat kabinet pertama.
Anwar sebelum ini juga memaklumkan beliau menolak untuk mengambil gaji sebagai Perdana Menteri sepertimana yang dilafazkannya semasa berkempen di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Tambun itu tidak menyatakan sama ada beliau akan berbuat demikian untuk satu tempoh tertentu atau selama satu penggal ini.
Sumber: Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/ZkgL0rP
via IFTTT
ConversionConversion EmoticonEmoticon