Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut selepas tercampak dari permainan di taman hiburan dengan kelajuan 100 km/j, setelah tahap ketinggian yang dikenakan tidak patuhi oleh pengendali permainan itu.
Adelene Wong, warga Malaysia ketika itu sedang bercuti bersama ibunya di Australia pada 2014 dan melawat taman hiburan, Royal Adelaide Show, pada hari tragedi itu berlaku.
Menurut koroner, mangsa tergelincir dari permainan Airmaxx 360 Ride, lalu tercampak dan kepalanya terlebih dahulu terhentak pada tanah di hadapan ibunya. Mangsa dilaporkan mengalami beberapa kecederaan parah dan meninggal dunia.
Dalam inkues tragedi tersebut, mahkamah dimaklumkan bahawa permainan itu tidak menjalani proses pendaftaran reka bentuk yang diperlukan selepas ia diimport ke Australia pada 2013. Sebaliknya, pemilik Jenny-Lee Sullivan dan suaminya, Clinton Watkins, menggunakan pensijilan sedia ada untuk permainan yang sama.
Difahamkan, pasangan itu membuat pinjaman lebih dari satu juta dolar untuk membeli Airmaxx 360 Ride dan tidak lama kemudian mereka dilanda masalah hutang dan kerap melanggar syarat pinjaman.
Pasangan berkenaan mengenakan syarat ketinggian minimum 120 sentimeter untuk penunggang bersendirian, walaupun pengeluarnya (Sepanyol) mengesyorkan ketinggian yang lebih ideal 140 sentimeter. Adelene pada waktu itu pula berketinggian 137 sentimeter.
Timbalan Koroner Negeri, Ian White memberitahu mahkamah pada Rabu, 1 Jun, bahawa kematian Adelene boleh dielakkan sekiranya pengendali tidak mengabaikan syarat ketinggian yang disyorkan oleh pengeluar.
"Saya berpendapat mereka (pemilik) sengaja menyembunyikan maklumat ini daripada pihak berkuasa bagi tujuan menggalakkan lagi pengunjung menaiki Airmaxx," katanya.
Adelene dibenarkan menaiki permainan tersebut yang beroperasi pada kelajuan maksimum 100 km/j (62 mph) menyebabkan dia terpelanting keluar. Sebelum itu, Adelene dilihat tergantung dari tempat duduknya secara terbalik dengan buku lali kaki kirinya tersangkut pada kerusi.
Koroner mendapati, permainan itu kebanyakannya dipasang oleh Watkins sendiri dan kakitangannya juga tidak dilatih dengan betul.
Dua minggu selepas kematian Adelene, Sullivan memohon permainan Airmaxx 360 Ride beroperasi semula dengan syarat ketinggian yang dikenakan masih pada kadar ketinggian minimum iaitu 120 sentimeter.
Dalam permohonan itu, Sullivan merujuk kepada insiden yang merujuk pada kejadian yang menimpa Adelene bahawa, tragedi itu berlaku bukan berpunca dari permainan tersebut atau pihak pengendali.
Pengarah Pendakwaan Awam pada 2016 memilih untuk tidak meneruskan pertuduhan jenayah berhubung kematian Adelene, tetapi Sullivan dan syarikatnya kemudian pada 2017 disabitkan melanggar undang-undang kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.
Koroner mengesyorkan peraturan permainan di taman hiburan di Australia dikaji semula, termasuk perlaksanaan proses kawal selia di seluruh negara, pangkalan data nombor pendaftaran reka bentuk dan pemeriksaan pada permainan taman hiburan.
Sumber: Daily Star
from The Reporter https://ift.tt/7IsEPtg
via IFTTT
ConversionConversion EmoticonEmoticon