Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengadu Israel tidak berusaha membantu Ukraine semenjak negaranya diserang oleh Rusia.
Zelensky yang juga merayu kepada Israel untuk mengenakan sekatan berat ke atas perniagaan Rusia berkata, "Mengapa Israel menahan diri daripada mengenakan sekatan terhadap Rusia? Israel perlu menjawab soalan-soalan ini".
Zelensky juga merayu Israel menghantar sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome untuk melindungi orang awam Ukraine daripada serangan udara Rusia. Sambil memuji Iron Dome adalah sitem pertahanan peluru berpandu terbaik di dunia, tetapi Zelensky kesal Israel tidak membekalkan senjata pertahanan kepada Ukraine.
"Kami berpaling kepada anda dan bertanya sama ada lebih baik memberi bantuan atau pengantara tanpa berpihak kepada sesiapa. Saya akan biarkan kamu buat keputusan untuk menjawab soalan itu atau tidak, tetapi saya ingin tegaskan bahawa sikap acuh tidak acuh boleh membunuh," katanya yang turut mengungkit Ukraine menyelamatkan orang Yahudi ketika pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Nazi suatu ketika dahulu.
Sumber yang rapat dengan Perdana Menteri Israel Naftali Bennett dan Menteri Luar Yair Lapid berkata, mereka terkejut dengan kenyataan Zelensky. Walaupun begitu, Israel katanya tetap tidak akan membekalkan senjata kepada Ukraine.
Lapid dalam satu kenyataan juga mengucapkan terima kasih kepada Zelensky kerana 'berkongsi perasaannya dan kesusahan rakyat Ukraine'. Israel akan terus membantu Ukraine dan tidak pernah membelakangkan orang yang menderita akibat peperangan.
Sumber: The Jurusalem Post
from The Reporter https://ift.tt/hU01Jfk
via IFTTT
ConversionConversion EmoticonEmoticon