Difahamkan, lelaki itu baru saja selesai menjalani pembedahan sinus yang menelan belanja RM20,000 di hospital swasta yang tidak dinyatakan.
Menjawab pertanyaan pengguna di media sosial, Milo Malaysia menafikan dakwaan tersebut.
"Terdapat edaran gambar yang mengaitkan milo dengan kes sinus di media sosial dan WhatsApp. Berita ini mengandungi info yang tidak berasas.
"Milo adalah minuman susu, malt dan koko yang selamat untuk diminum.
"Jika anda mempunya pertanyaan kesihatan, sentiasa rujuk kepada pengamal perubatan, pakar dietetik atau pakar pemakanan yang bertauliah.
"Kami nasihatkan semua untuk semak dulu sebelum sebar di media sosial," kata kenyataan Milo Malaysia.
"Faktor dan punca utama ialah pemakanan kita. Doktor cakap jangan minum milo. Kalau boleh buang milo terus dari hidup kita.
"Why milo? Terkejut atau tak, jawapan doktor adalah, milo minuman paling teruk sekali. Minuman yang 0 koko dan penuh dengan gula," katanya.
BETULKAH pesakit sinusitis tidak boleh langsung mengambil MILO sepanjang hidup mereka? Perlu dibuang daripada hidup mereka ke?
TIDAK
1. Sinusitis boleh berlaku disebabkan oleh banyak sebab. Beberapa punca alahan atau allergen memang perlu dielak oleh pesakit resdung.
2. Makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit resdung sebahagian besarnya bergantung kepada pesakit itu sendiri.
3. Apabila seseorang mengalami jangkitan sinus yang akut, mereka perlu menjauhi beberapa perkara. Ini bergantung kepada pesakit sendiri. Umumnya makanan dan minuman seperti alkohol, coklat, produk tenusu, gula dan seumpamanya perlu dikurangkan sehingga jangkitan telah berlalu selepas beberapa minggu. Ini kerana jenis makanan ini boleh membantu meningkatkan pengeluaran lendir yang mengakibatkan keadaan sinus yang berpanjangan.
4. Jika masalah sinus adalah kronik, orang yang dijangkiti perlu mengelakkan jenis makanan untuk tempoh yang lebih lama atau bahkan mengelakkan pengambilan untuk sepanjang hidup mereka untuk mengurangkan kesan jangkitan sinus yang serius, berulang. Ia seperti makanan laut seperti udang, ketam, sotong, sesetengah ikan, ayam dan telur.
5. Perlu diingatkan. TIDAK semua pesakit akan mengalami alahan pada jenis makanan yang sama.
6. Ada pesakit menjadi teruk resdungnya apabila terdedah kepada habuk. Ada tak boleh kena pada aircond. Ada pula alah pada sotong. Ada pula yang tak ada masalah pada ikan, ayam dan coklat. Setiap kita tak sama.
7. Ubah paradigma dan pemahaman kita. Pak Mail tak boleh makan udang, tak semestinya Pak Atan tak boleh juga. Mereka sama, tapi mungkin tak serupa.
Dr. Ezairy M.Sallih
#doktorhidungtelingatekak
Boleh nak minum milo. Kena berpada-pada. Beringat-ingatlah ya. Makanan minuman bergula lagi berbahaya.
from The Reporter https://ift.tt/2HkCZX0
via IFTTT
ConversionConversion EmoticonEmoticon