Lapor mStar Online, kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai berlaku pada 13 Januari di pasar basah Pasir Penambang, Kuala Selangor, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan dua anggota berkenaan.
Video yang dimuat naik Andy Love Nitty sejak jam 9.25 malam semalam, telah dikongsi 36,000 kali di Facebook.
Berdasarkan video berdurasi 1 minit 30 saat itu, dua anggota penguat kuasa berkenaan datang menghampiri tempat berniaga peniaga terbabit yang kemudian membuang ikan di dalam dua bekas berwarna hitam sehingga jatuh ke lantai.
Peniaga terbabit sebelum itu dilihat cuba meminta anggota berkenaan tidak berbuat demikian, namun tidak diendahkan.
Akibatnya, peniaga berkenaan terpaksa mengutip semula ikan-ikan yang berterabur di lantai sambil dirakam oleh salah seorang anggota penguat kuasa terbabit.
Ada segelintir netizen tidak menolak kemungkinan bahawa peniaga terbabit telah meletakkan bekas tersebut di tempat yang tidak sepatutnya sehingga menganggu laluan para pengunjung pasar basah berkenaan.
from The Reporter http://ift.tt/2Dx5knO
via IFTTT
ConversionConversion EmoticonEmoticon